Terms & Conditions

LIST OF CONTENT

PENGENALAN
DEFINISI
  • User
  • Driver
  • Delivery Partners
  • Swift
  • Food Merchant (Home Kitchen/Restaurant)
  • Aplikasi (User, Driver, Home Kitchen, Swift, Delivery Partner)
  • Website
  • Income Aktif
  • Income Pasif
  • Komisyen
  • Introducer
KETERANGAN TERMA & SYARAT 
  • User
  • Driver & Delivery Partners
  • Food Merchant
  • Kiosk
PEMBAYARAN
PEMBATALAN
COMPLAINT
DATA PERIBADI
INTERNET DELAY
NOTICE 
 
PENGENALAN
Butiran Terma & Syarat Safer Group Sdn Bhd adalah mengikut kepada keperluan aktiviti semasa syarikat. Terma dan Syarat boleh dibatalkan/ diubah/ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Safer mempunyai beberapa perkhidmatan seperti USER, SAFER RIDE, SAFER DELIVERY PARTNERS (FOOD / OTHERS), SAFER FOOD (HOME KITCHEN & RESTORAN), SAFER SWIFT

DEFINISI 
  • User : Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer dan mendaftar sebagai pengguna Safer. User diberikan kemudahan untuk menempah Ride/Food/Delivery/Swift/Fly terus ke destinasi yang diminta.
  • Driver : Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer dan mendaftar sebagai pemandu yang menghantar pengguna atau barangan ke destinasi diminta. Jenis kenderaan adalah 4 roda.
  • Delivery Partner : Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer dan mendaftar sebagai pemandu bagi menghantar makanan ke lokasi pengguna.
  • Swift : Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer dan mendaftar sebagai pemandu yang menghantar pengguna atau barangan ke destinasi diminta. Jenis kenderaan adalah 2 roda.
  • Food Merchant :-
Restaurant/Tapak Niaga/Kedai : Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer  dan mendaftar sebagai penjual makanan dan mempunyai restoran, kedai atau tapak niaga yang berdaftar dengan SSM.
Home Kitchen: Bermaksud individu yang memohon di aplikasi yang disediakan oleh pihak Safer dan mendaftar sebagai penjual makanan dan tidak mempunyai restoran, kedai atau tapak niaga.
  • Aplikasi :-
Bermaksud kegunaan atau atur cara komputer yang diprogramkan untuk kegunaan tertentu. Aplikasi dapat memudahkan untuk mengisi data dan mendaftar sebagai Driver/User/Delivery Partners/Food Merchant/Swift.
User
-     Boleh mengakses kepada perkhidmatan untuk menempah driver,rider,  swift dan makanan terus kepada restoran/penjual
-     Semakan status untuk tempahan boleh disemak dari semasa ke semasa
Food Merchant
-     Boleh mengakses perkhidmatan untuk menerima tempahan makanan dari pelanggan
-     Semakan status tempahan dari semasa ke semasa
-     Semakan jumlah harian pendapatan yang terhasil
-     Boleh padam atau nyala butang beroperasi atau tidak beroperasi
-     Menerima notifikasi apabila pengguna menempah makanan
-     Boleh menyemak rating yang diberikan oleh pengguna
Driver
-     Boleh mengakses perkhidmatan tempahan dari pengguna
-     Mendapat notifikasi apabila pengguna menempah perkhidmatan
-     Boleh menyemak pendapatan harian yang terhasil
-     Boleh menyemak rating yang diberikan oleh pengguna
Swift

Delivery Partners
-     Boleh mengakses perkhidmatan tempahan dari pengguna untuk penghantaran barang/food merchant untuk tempahan makanan
-     Mendapat notifikasi apabila pengguna menempah perkhidmatan
-     Boleh menyemak pendapatan harian yang terhasil
-     Boleh menyemak rating yang diberikan oleh pengguna
 
  • Website : Individu yang membuat pendaftaran melalui website

KETERANGAN TERMA & SYARAT
Syarat Umum
  • Wajib memberikan maklumat dan data yang tepat dan benar
  • Wajib menggunakan aplikasi Safer dengan betul dan tiada niat untuk melakukan sebarang kerosakan kepada sistem.
  • Wajib membenarkan pihak Safer untuk mengakses akaun anda dengan memberikan kebenaran kepada Safer untuk menyimpan data password dan akaun anda.
  • Anda tidak mempunyai niat untuk melakukan sebarang kerosakan terhadap syarikat, perkhidmatan dan aplikasi yang disediakan Safer kepada anda.
  • Anda tidak boleh memberikan identiti anda kepada orang lain untuk mendaftarkan akaun mereka
  • Anda perlu menyediakan dokumen yang betul yang diperlukan pihak Safer
  • Anda wajib memberikan semua data dan maklumat pengguna kepada pihak Safer

Pengguna Safer
User
  • Anda perlu membuat permohonan sebagai pengguna di aplikasi Safer dan mendaftar sebagai pengguna
  • Anda wajib memberikan maklumat yang benar dan tepat mengenai status dan identiti anda
Penggunaan Perkhidmatan Driver
  • Anda dilarang untuk membuat tempahan palsu
  • Anda wajib memberikan maklumat jumlah penumpang dengan betul, jika tidak pemandu boleh membatalkan tempahan anda
  • Anda tidak boleh menghubungi Third Party Provider untuk tujuan yang lain selain dari perkhidmatan yang mereka jalankan.
  • Anda dilarang merosakkan kenderaan pemandu sama ada sengaja atau tidak sengaja
  • Anda dilarang mencuri atau mengumpul maklumat dari aplikasi Safer
  • Hanya dibenarkan satu akaun untuk satu devide sahaja
Penggunaan Perkhidmatan Delivery Partner

Penggunaan Perkhidmatan Food Merchant
  • Anda dilarang untuk membuat tempahan palsu
  • Anda tidak boleh membatalkan tempahan setelah tempahan diterima
  • Anda tidak boleh memulangkan kembali makanan yang telah sampai dengan baik di destinasi
  • Jika makanan berada dalam keadaan tidak baik, rosak atau sudah basi anda dibenarkan memulangkan semula

Safer Driver
  • Anda perlu membuat permohonan sebagai pemandu di aplikasi Safer dan mendaftar sebagai pemandu
  • Anda wajib melehibi 21 tahun semasa mendaftar
  • Anda perlu mempunyai lessen memandu kelas D
  • Anda wajib memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik sebelum digunakan untuk perkhidmatan
  • Anda wajib memastikan peralatan di dalam kenderaan anda dalam kondisi yang baik dan boleh digunakan terutamanya tali pinggang keledar bagi tujuan keselamatan
  • Anda wajib memastikan kenderaan anda sudah berada dibawah perlindungan insurans
  • Anda bertanggungjawab memastikan penumpang berada dalam keadaan baik sehingga sampai ke destinasi
  • Anda wajib memandu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Pemanduan Jalan Raya di Malaysia
  • Anda dilarang menghubungi penumpang untuk tujuan selain dari perkhidmatan yang anda jalankan.
  • Anda dilarang untuk mencari maklumat penumpang
  • Anda dilarang untuk mengumpul data dari Syarikat/Perkhimatan/Aplikasi/Software untuk tujuan mensabotaj

Safer Delivery
  • Anda perlu membuat permohonan sebagai Safer Delivery di aplikasi Safer dan mendaftar sebagai Delivery Partners
  • Anda wajib memastikan kenderaan bermotor anda dalam keadaan yang baik sebelum digunakan untuk perkhidmatan
  • Anda wajib memastikan peralatan membawa makanan/barangan dalam kondisi yang baik
  • Anda wajib memastikan kenderaan bermotor anda sudah berada dibawah perlindungan insurans
  • Anda bertanggungjawab memastikan makanan/barangan berada dalam keadaan baik setibanya di destinasi
  • Anda wajib memandu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Pemanduan Jalan Raya di Malaysia
  • Anda dilarang menghubungi pengguna untuk tujuan selain dari perkhidmatan yang anda jalankan.
  • Anda dilarang untuk mencari maklumat pengguna anda
  • Anda dilarang untuk mengumpul data dari Syarikat/ Perkhimatan/ Aplikasi/ Software untuk tujuan mensabotaj

Safer Food
  • Anda perlu membuat permohonan sebagai Safer Food di aplikasi Safer dan mendaftar sebagai penjual
  • Anda wajib memastikan makanan yang disediakan sentiasa dalam keadaan baik (tidak basi/busuk/lemau), tidak mengandungi bahan beracun atau mengandungi bahan terlarang seperti alkohol 
  • Anda wajib memastikan cara pembungkusan makanan anda sangat rapi dan kemas
  • Anda bertanggungjawab memastikan makanan yang disediakan boleh tahan lama sehingga tiba di destinasi pengguna
  • Anda wajib megikuti prosedur kebersihan dalam penyediaan makanan
  • Anda dilarang menghubungi pengguna untuk tujuan selain dari perkhidmatan yang anda jalankan.
  • Anda dilarang untuk mencari maklumat pengguna
  • Anda dilarang untuk mengumpul data dari Syarikat/Perkhimatan/Aplikasi/Software untuk tujuan mensabotaj

Safer Swift 
  • Anda perlu membuat permohonan sebagai pemandu di aplikasi Safer dan mendaftar sebagai pemandu
  • Anda wajib memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik sebelum digunakan untuk perkhidmatan
  • Anda wajib memastikan menyediakan kemudahan keselamatan seperti helmet kepada penumpang
  • Anda wajib memastikan kenderaan anda sudah berada dibawah perlindungan insurans
  • Anda bertanggungjawab memastikan penumpang berada dalam keadaan baik setiba di destinasi
  • Anda wajib memandu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Pemanduan Jalan Raya di Malaysia
  • Anda dilarang menghubungi penumpang untuk tujuan selain dari perkhidmatan yang anda jalankan.
  • Anda dilarang untuk mencari maklumat penumpang anda
  • Anda dilarang untuk mengumpul data dari Syarikat/ Perkhimatan/ Aplikasi/ Software untuk tujuan mensabotaj
 
PEMBAYARAN 
Segala caj adalah tertakluk kepada penetapan dari pihak Safer. Safer berhak untuk mengubah dan menentukan caj terhadap semua perkhidmatan yang dijalankan.
 
PEMBATALAN
Sebarang pembatalan tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah atas tanggungjawab anda. Caj yang tertentu akan dikenakan terhadap anda.
 
COMPLAINT
Sebarang maklumbalas yang baik atau tidak boleh diterima pakai oleh pihak Safer kecuali maklumbalas yang menjatuhkan nama baik syarikat sama ada sengaja atau tidak sengaja akan dikenakan tindakan mengiikut terma dan syarat
 
DATA PERIBADI
Maklumat pengguna dan maklumat mengenai aplikasi yang digunakan adalah privasi dan tidak boleh disebarkan mengikut kehendak anda. Jika terdapat sebarang kebocoran maklumat, anda akan dikenakan tindakan.
 
INTERNET DELAY
Sebarang permasalahan internet lambat adalah dibawah tanggungjawab pihak Safer. Anda diminta untuk menunggu maklumbalas mengenai penambahbaikan internet oleh pihak Safer dari semasa ke semasa.
 
NOTICE
Segala maklumat terbaru akan dimaklumkan melalui email Safer, Facebook Official, Instagram Official Safer dan melalui Aplikasi sahaja.

Kesan :-
Terma dan Syarat ini haruslah dipatuhi oleh semua yang terlibat sebagai individu yang sudah mendaftar dan menggunakan perkhidmatan dari pihak Safer. Jika terdapat sebarang pelanggaran terma dan syarat anda akan dikenakan tindakan mengikut kepada syarat yang ditetapkan dalam terma dan syarat.

Subscribe to our Newsletter